Tukar Enjin Perdana Evo 3

Hai semua, Yop harapkan kome semua sihat hendaknya disamping orang yang tersayang, keluarga tercinta dan semoga pada hari jumaat ini memberi seribu rahmat dan barakah kepada mengkome semua. Sebelum yop teruskan dengan topik perbincangan kita kali ini, (bincangla sangat kan) biarlah yop bercerita mengenai kereta pertama yop dulu. 

 Masa mula - mula Yop telah membeli sebuah Proton Waja sebagai kegunaan harian, masa ni yop beli dengan kaedah Full Loan apa lagi tanpa sebarang bayaran muka. Tapi yang sakitnya membayar bulan - bulan. Agak tinggi masa tu. Lebih kurang RM600 lebih gitu, lupa dah lama. Memang agak membebankan bukan lagi sikit tapi beban yang agak banyak. Tak lama lepas tu Yop jual balik Proton Waja tu, tak mampu gitu. So bagi yang ingin membeli kereta pertama korang. Pastikan anda semua mampu dengan membandingkan pendapatan bulanan. Jangan jadi macam Yop ye.. hahaha..

Selepas itu lama juga Yop tak ada kereta, hampir setahun setengah begitu, Nasib baiklah ada kuda besi Yop tu, Yamaha RXZ menjadi peneman walau kemana juga Yop berada. Selepas setahun setengah sudah tiba masanya pula untuk memiliki sebuah lagi kereta, kali ini Yop lebih berhati - hati. Tanpa sebarang keraguan Yop membeli sebuah Proton Wira 1.5 Manual dikuasakan dengan enjin Karburetor. Kereta wira tersebut di bina pada tahun 1993. takpela kereta lama asal kondisinya selamat untuk digunakan. Bila dah lama pakai wira ni mula lah Yop gatal tangan. Tidak memikio panjang (tidak berfikir dulu) Yop telah melakukan ubahsuai pada enjin dan juga bodypart kereta wira tersebut.

Inilah hasilnya setelah Yop melakukan sedikit pengubahsuaian ke atas kereta wira, masa ni Proton Wira ini telah dijanakan kuasa dari enjin evo 3. memang berdesup perginye. maka dengan sendirinya jadilah wira ini jelmaan jadi - jadian. Wira ini juga di jenamakan semula sebagai wiravo. hahaha... Tapi yop sangkakan panas hingga ke petang, rupa - rupanya hujan di tengahari. Sesuatu yang tidak disangka menimpa ke atas Proton Wira kacukan Yop ni.

Di hari yang bersejarah tersebut kereta Yop mengalami sedikit kemalangan, mungkin daripada akibat corak permanduan Yop yang agak laju. Kereta kesayangan yop ini mengalami sedikit kerosakan pada bahagian depan akibat daripada bonet depan yang terbuka ketika sedang memandu. Yop masih ingat lagi, masa tu Yop nak memotong sebuah treler gitu. Tiba - tiba pandangan jadi kabur. rupa - rupanya bonet depan dah memukul bumbung. Akibatnya bumbung sedikit kemek yang baiknya cermin kereta tidak pecah. Tak pasal - pasal Yop melayang RM500.00 membeli bonet depan yang baru. Huhuhu

Inilah rupanya setelah berlaku kemalangan tersebut, bonet depan tu dah rupa tersengih manje je. Sengih - sengih pun melayang la pulus. Setelah kenderaan di baik pulih kebanyakan masanya kereta ni berada bawah garaj rumah je. Yop dah takde hati nak bawa ke mana - mana dah. Pernah satu masa dulu Yop iklan kat Mudah. Yop tawarkan harga yang begitu menawan sekali, tapi sorang pun tak nak beli. Yop tak minta banyak pun, RM10'000.00 je. Tapi mungkin tak ada rezeki yop kot. Ada yang telefon hanya minta RM3'000.00. hahaha. Lawak dioarang. benda dah lepaspun jangan la dikenang. Agak - agaknya kalau diaorang pergi kedai potong boleh dapat tak halfcut dalam 3 ribu ringgit?!. Jadi berehatlah lama kereta ni sekali lagi. tak Laku untuk dijual.  Mungkin sebab utama kereta ni tak laku adalah kerana enjin tersebut tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi Yop biarkan lah kereta tersebut. 

Sehinggalah satu hari, Yop telah mendapat Ilham untuk memasukan jantung evo 3 tersebut kedalam perdana. Oleh kerana perdana berkuasa 2000cc maka Proton perdana tersebut amatlah sesuai dengan enjin yang tersorok didalam hud depan Wira tersebut. Jadi bermulah operasi mencari Proton Perdana murah - murah. Nak beli yang mahal memanglah tak mampu.

Proton Perdana yang berjaya Yop cari ini amatlah berpatutan harganya. Walaupun begitu terdapat sedikit pembaikan perlu dilakukan ke atas Proton perdana ini. Maklumlah harganya padanlah dengan usianya. Perdana ini dibina lewat tahun1996 gitu. Bernadikan enjin 2.0 SEI transmisi Automatik. Tujuan asal Proton Perdana ini adalah untuk memasukan enjin pada wira tadi. Jadi dengan kadar segera 2 buah kenderaan tadi dihantar ke Worksyop. Tapi malang bagi Yop. Worksyop tersebut membuat proses tukar enjin dengan lambat sekali. Bila kita nak tolong orang kita berniaga. Tapi diaorang buat pelanggan macam pengemis minta kereta disiapkan. Bab ini Yop memang panas hati. Bayangkan kereta masuk bulan dua tapi bulan 11 tak siap lagi. Yop tak boleh tahan. Yop ambil kereta tersebut. Banyak kali bertukar Janji. Yop pun hairan kenapa kereta Yop jadi macam tu. bila ditanya takda masalah katanya. Jadi sebagai pengajaran bagi mereka yang ingin menukar enjin kenderaan. Pastikan mekanik anda seorang yang boleh dipercayai ok!.

Buat sementara waktu, beginilah keadaan dalam enjin kereta perdana Yop. mungkin juga yang akan menambah serba sedikit aksesori performance untuk menambah kemantapan enjin ini. Tapi buat masa sekarang, kereta ni masih dalam tempoh bertenang. Setiap perkara yang tak kena akan Yop suruh mereka perbaiki semula. Kalau ikutkan banyak lagi yang nak Yop buatkan pada kereta perdana ini, Tapi macam yang Yop katakan tadi, biar bertenang dulu. kita tengok enjin macamana baru kita kirakan untuk bahagian dalam dan aksesori yang lain. 


 Bahagian dalam juga memerlukan sedikit sentuhan. maklumlah kereta lama kan?! Padanla dengan umurnya. hahaha. Mungkin yop akan mula mencari barang-barang daripada model eterna untuk digabungkan dengan Proton Perdana Yop ni. lepas siap semua ni siapa tahu, Yop nak jual pula kereta ni. Tapi buat masa sekarang ni. Yop nak cuba tengok kesesuain kereta ni dengan Yop. Dengan itu diharap anda semua dapat mendokan kejayaan yop menyiapkan kereta ini. Sehingga berjumpa lagi. enjoyyyyy!

Proton Perdana Evo 1997 untuk dijual

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous June 22, 2013
salam.. sng nk maintain tak yop...? sya brcdng nak amek perdana evo 2... body tahun 1997...