Diet Atkins Menu Fasa 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, hari ni Yop masih dalam mood nak menulis mengenai diet atkins menu fasa dua. Apabila kita dah menghampiri kepada berat badan yang ideal, kita boleh berubah fasa dari induction kepada fasa 2. Ini bermakna jumlah karbohidrat yang di ambil melebihi sedikit daripada 20g karbohidrat yang dibenarkan semasa induction sebelum ini.

Gambarajah di atas telah salah seorang ahli dalam kelab diet atkins malaysia. Gambar ini menerangkan mengenai Diet Atkins fasa 1 atau induksi.

Dalam fasa satu ini pengambilan karbohidrat yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20gram sehari. Untuk Fasa induksi ini seseorang akan mengalami penurunan berat secara berterusan dan mungkin lebih daripada 6kg untuk 2 minggu pertama. Ini yop akuinya dan yop pun berjaya mengurangkan berat badan dalam tempoh 2 minggu tersebut.

Diet Atkins Menu Fasa 2

Fasa 2 (weight Loss) adalah merupakan fasa penurunan berat badan secara berterusan. (Ongoing Weight Loss) tetapi kadar penurunan adalah perlahan dan agak lembab berbanding dengan Fasa 1.

Dalam diet atkins fasa2 ini, seseorang boleh meningkatkan pengambilan karbohidrat daripada 20gram kepada 25-45 gram sehari.

Menu - menu atau sumber makanan yang dibolehkan untuk fasa 2 ini adalah yang sama seperti pada masa induksi, cuma anda boleh menambah perisa hidangan dengan kekacang, beri dan juga yogurt.

Bagi Fasa 2 ini seseorang akan mengalami penurunan berat secara berterusan dan tetapi adalah perlahan berbanding dengan fasa 1. Penurunan mungkin berlaku dari 600gram atau kurang dalam seminggu. 

Bagi yang sedang cuba untuk menguruskan badan boleh mencuba diet atkins ni, Yop dah, kome bile lagi?.. ate..

0 comment... add one now