Mee Udang Ketam Sempoi Diraja Ipoh.

Mee Udang Ketam Sempoi Diraja Ipoh. Assalamualaikum semua pembaca blog yop. Yop harap semua sihat - sihat belaka okay. Baru - baru ni Yop telah mengunjungi restoran mee udang ketam sempoi diraja yang terletak dekat tambun, ipoh perak. Yop pun sebenarnya tak pernah tau ada restoran mee udang ni kat ipoh, kebetulan hari tu Yop menonton rancangan jalan - jalan cari makan. Tengok abang Nas makan dalam JJCM tu, pergh terliur wei... hahaha..



Mee udang perak
Yop tak ambil banyak gambar sangat pun, maklumlah perut lapar masa tu, tak teringat pun nak snap2 apatah lagi berselfie bagai.. yang menjadi kelebihan apabila berkunjung ke restoran mee udang sempoi diraja ini , udangnya boleh dipilih mengikut kegemaran anda semua, sekiranya berminat dengan udang galah yang sedap dan besar - besar boleh pilih dan timbang, ada bermacam - macam jenis udang, kalau tak nak udang boleh pilih ketam.. ikut suka... hehehe


Mee udang sempoi perak
Moh kita cerita bab rasa dia.. pada Yop rasa mee udang ni sedap. Setiap suapan rasanya akan bertambah sedap.. suap sekali, nak sekali, suap lagi nak lagi, sedar - sedar dah habis satu pinggan mee udang ketam sempoi diraja ni. Bagi kome yang teringin makan, boleh cuba.. memang sedap tak rugi mencuba. Rugi kalau orang Perak tak pegi makan... :p

Lepas ni Yop akan cuba makan di Restoran Nasi Bamboo dekat Sungkai, menuju ke Hotspring sungai Klah. Dengor cerita bersusun orang mencuba nasi bamboo ni.. Hari sabtu baru ni Yop dah sampai dah dekat restoran nasi bamboo ni, tapi penuh benor orang... tak de ruang, jadi yop teruskan perjalanan.. Insyaallah ada masa lain kali boleh cuba..

tips nak kurus: bila dah makan - makan ni, jangan lupa senaman.. macam yop kalau dah makan banyak esoknya yop lari.. lari.. lari.. dan terus lari... hehehe..

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mee Udang Ketam Sempoi Diraja Ipoh."

Post a Comment