Menu Diet Atkins Fasa 3

Menu diet Atkins fasa 3, sebelum ni yop dah bagi tau mengenai diet atkins fasa satu dan fasa 2. Kali ini kita lihat pulak mengenai diet atkins fasa 3.


Fasa 3 (pre-Maintenance)
Fasa 3 adalah fasa Pra-Penyelenggaraan atau dikenali sebagai Pre-Maintenance. Untuk melalui fasa  3 ini, berat badan seseorang itu sudah menghampiri berat badan idamannya ataupun berat badan ideal.

Cara untuk mengira berat badan ideal dengan mudah adalah seperti berikut, Tinggi - 100. Contoh 172cm - 100 = 72cm. Jadi 72kg adalah berat badan normal untuk ketinggian 172cm.

Bagi mereka yang dah berpindah ke Fasa 3, kandungan karbohidrat juga boleh di tambah kepada 50-70g sehari. Fasa ini masih dalam proses penurunan badan dan juga karbohidrat perlu dikawal supaya proses penurunan boleh berlaku.

Menu Diet AtkinsSumber makanan untuk fasa 3 ini ini sudah bertambah, semua sumber makanan sudah boleh diambil, tetapi dalam jumlah atau kuantiti yang sikit ataupun sederhana.


Untuk Fasa 3, fasa yang menghampiri berat badan yang diidamkan. Walaupun corak pemakanannya sudah berubah, namum pengambilan karbohidrat juga masih perlu dikawal dan tidak boleh melebihi 70g/sehari.

Untuk mengetahui tentang diet atkins fasa 1 dan 2 boleh klik disini

1 comment... add one now

zamil idris zamil idris November 25, 2015
Fasa Dalam Diet Atkins.
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/fasa-dalam-diet-atkins.html