Diet Atkins Fasa 4

Diet Atkins fasa 4. Bagaimana dengan diet atkins fasa 4 ni, ramai kawan - kawan Yop yang tanya mengenai perkara ni. Bagi mereka yang tidak beberapa memahami mengenai diet atkins ni, yop terangkan sekali lagi. 

Diet atkins ni terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu fasa 1 (induksi), Fasa 2 (hilang lebih berat), Fasa 3 (penyelenggaraan/ menghampiri berat ideal) dan terakhir sekali fasa 4 iaitu fasa penyelenggaraan.


Dalam fasa penyelengaraan ini kesemua jenis makanan kini boleh dimakan. Cuma ianya perlu dikawal untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Oleh yang demikian bagi mereka yang telah berjaya mencapai fasa ke 4,  ini, anda boleh mengambil carb sebanyak 75g ke atas. 

Fasa 4 adalah fasa yang terakhir.Ini bermakna anda telah kurus. Bagi Yop pula yang telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20kg ++ dengan diet atkins ini rasa sangay bersyukur. selain itu juga sekarang yop dah bergerak aktif dan kini boleh berlari lebih jauh.. :)

0 comment... add one now