Resepi Diet Atkins Chicken Egg Sausage

Resepi diet atkins Chicken Egg Sausage home made. Kali ini Yop nak kongsikan satu lagi resepi yang menarik untuk kita lakukan sama - sama dalam masakan diet atkins ini. Apa yang menarik kita boleh mempelbagaikan hidangan supaya menu atkins kita tidak terhad dan cepat jemu. Bagi Yop masa mula - mula berdiet dulu 3 hari pertama tu tempoh yang agak mencabar. Tekak pun rasa jemu makan benda yang sama je,. Rupa - rupanya kita boleh mempelbagaikan masakan.. Yop dulu ayam goreng , telur rebus, ikan goreng, sayur rebus..  itu je.. memang jemu kan.. oleh itu apa kata kita cuba mempelbagaikan bentuk makanan kita.. kita yang nak makan kan... selamat mencuba

Bahan - Bahan
Isi ayam 2 ketul bahagian dada ( boleh tukar daging, udang mengikut kegemaran anda) 
Telur 6 bijiLlada hitam
Mayonis (jenama kew pie)
Daun bawang
Garam sedikit

Cara - caranya
Kisarkan kesemua bahan - bahan tadi
Sekiranya bancuhan agak kental, tambahkan telur
masukkan dalam plastik aiskrim ataupun gunakan alternatif sendiri untuk membuat bekas untuk diisikan bencuhan tadi
kukus atau rebus
siap

Kemudian terpulang pada semua nnak makan macam mana. nak makan macam tu aje pun boleh, nak goreng pon boleh dan ada lebih simpan dalam peti sejuk, nak makan baru panaskan. sesuai untuk merek yang diet dan memang enak, tiada bahan pengawet dijamin halal anda boleh cuba ye.. 

0 comment... add one now