Resepi Cucur ayam homemade tanpa tepung

Assalamualaikum semua, macamana dengan diet atkins anda dibulan ramadhan ini? mesti mencabarkan. Sebagai ingatan untuk semua yang sedang berdiet atkins pastikan anda minum air dengan cukup ye. Tambahan pula cuaca juga agak panas kebelakangan ini. Okay kali ni Yop nak kongsikan dengan semua resepi cucur ayam homemade tanpa tepung yang dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin di Fb beliau. Jom kita lihat bahan - bahan dan cara memasak cucur ayam tanpa tepung ini.. 



Bahan - bahan
Isi ayam kisar,
Daun bawang/daun sup,
Telur,
Cili merah - buang biji dan dadu halus,
Blackpepper,
Garam,
Bawang besar dipotong dadu,

Cara Memasak
Gaulkan kesemua bahan - bahan tadi sehingga sebati dan rata, bentukkan dengan menggunakan tangan atau sudu (jemput) kemudian goreng sehingga garing untuk rasa yang lebih sedap. Angkat dan toskan minyak, kemudian hidangkan.

selamat mencuba..

Rujukan

0 comment... add one now