Resepi Diet Atkins Ayam Masak Black Pepper Bersantan bersama sayur

Hari ni jom kita mencuba resepi diet atkins ayam masak black pepper bersantan bersama dengan sayur kacang buncis. resepinya adalah seperti dibawah:

Bahan - bahan
- daging ayam (ikut jumlah kuantiti yang ingin dimasak)
- 2 sudu serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri )
- 2 inci halia
- 3 biji cili padi
- 2 sudu santan(coco mas@kara) low carb
- 1 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 Cup kacang buncis
- dan sedikit garam

resepi ayam masak black pepper


Cara - cara memasak.

  1. Tumbuk biji lada hitam. Apabila telah  hancur dan menjadi serbuk, tumbuk  bersama dengan cili padi, bawang merah dan  bawang putih. 
  2. Kemudian potong atau hiris halia dengan memanjang atau potong nipis - nipis dan tumis semua bahan yg dah di tumbuk serta halia hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air,apabila ayam telah empuk, masukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
  4. Akhir sekali masukkan sayur kacang buncis dengan sukatan 1CUP sahaja..masak dalam tempoh 3 minit dan akhirnya siap
Apalagi jom kita cuba, tambahan pula ramadan telah hampir tiba ni, boleh juga dijadikan resepi dan juadah untuk berbuka puasa. 

0 comment... add one now