3 Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dilakukan

3 Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dilakukan. Di sini kami ingin berkongsi cara berhenti merokok yang paling mudah di lakukan, dan boleh di lakukan oleh semua orang yang merokok dan sedang berfikir cara mudah untuk berhenti merokok.


Sebelum itu, salah seorang Admin BicaraKata adalah salah seorang perokok tegar. Beliau mula merokok pada ketika usia beliau 15 tahun. Tabiat merokok beliau berlarutan sehingga usia 33 tahun, pada masa itu beliau menghisap rokok Kotak Merah belang putih disulami rokok kretek yang amat popular di Malaysia.

Setelah sekian lama, tiba - tiba timbul perasaan ingin berhenti merokok, lalu ke esokkan harinya beliau berhenti merokok dan kini hingga usia beliau 37 tahun masih bertahan untuk tidak merokok atau mengulangi tabiat merokok itu semula

Mari kita ikuti 3 langk atau 3 cara berhenti merokok yang paling mu

1. Kuatkan Tekad
Bagi mereka yang ingin berhenti merokok, mereka seharusnya mempunyai tekad yang kuat dan penuh dengan keiltizaman serta cekal. Kerana tekad yang kuat dapat  mengelakkan daripada tabiat merokok itu berulang.

2. Berhenti Keluar Malam
Buat seketika cuba hentikan sebarang aktivit pada sebelah malam, ini kerana keinginan untuk merokok menjadi lebih tinggi kerana cuaca sejuk. Tetapi dugaan yang paling besar ialah bila kita berhenti merokok dan melepak pada waktu malam. tiba - tiba ramai diantara rakan - rakan anda akan menjadi penderma rokok, mereka seolah - olah tahu anda ingin berhenti merokok. So elakkan dari keluar malam ye.

3. Aktif bersukan
Jadilah seseorang yang aktif bersukan, paling mujarab cuba sukan berlari untuk berhenti merokok, ini kerana apabila anda berlari, anda perlukan stamina yang kuat. so secara tak langsung anda akan berhenti merokok untuk mendapatkan udara yang segar.

Itulah cara berhenti merokok yang paling mudah dilakukan, selamat mencuba!!!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "3 Cara Berhenti Merokok Paling Mudah Dilakukan"

Post a Comment