5 Bahan Untuk Rambut Lebat Yang Perlu Anda Cuba!

5 Bahan Untuk Rambut Lebat Yang Perlu Anda Cuba!
Ramai yang menginginkan rambut lebat. Tak kira lelaki atau perempuan. Bagi lelaki, rambut adalah salah satu imej penting yang perlu dijaga. Kalau lelaki pun dah mementingkan rambut yang lebat dan cantik, apatah lagi perempuan. Semua orang mengimpikan rambut yang sihat dan bermaya. Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut nipis dan kering, jom tengok bahan-bahan ni.



Madu
Madu kaya dengan nutrisi. Madu memang baik untuk kesihatan ye. Selain banyak digunakan dalam produk kosmetik, madu sangat bagus untuk rambut. Lumurkan madu pada kulit kepala, urut selama 15 minit. Jadikan sebagai masker. Kena amalkan selalu ye untuk rambut lebat dan lembap.

Daun Bunga Raya
Tumbuk atau kisar daun bunga raya sampai lumat. Gosok kat kulit kepala, biarkan sampai kering. Then bilas dengan air suam dan cuci dengan syampu yang sesuai okay.

Lidah Buaya
Daun lidah buaya bukan saja bagus untuk kulit. Tapi baik jugak untuk kulit kepala. Lendir daun lidah buaya ni sapu perlahan-lahan dari pangkal rambut sampai ke hujung. Bilas dengan air bersih selepas beberapa ketika.

Daun Pandan
Rebus je daun pandan ni dalam 10 helai. Tapi potong-potong la dulu sebelum rebus. Rebus dalam lebih kurang 1 liter air. Bila dah mendidih tutup api then biarkan semalaman. So jadila syampu pandan yang special.

Minyak Kelapa
Ni senang, guna je minyak kelapa. Minyak kelapa bukan saja melembapkan rambut tapi rambut korang pun boleh jadi halus dan sihat tau.

Nak rambut cantik tak susah. Yang penting kena rajin cari cara untuk dapatkan rambut yang lebat dan sihat. Dah jumpa cara mesti la kena cuba kalau nak nampak hasil. Semoga berjaya!

0 comment... add one now