6 Tip Memilih Balang Kuih Yang Perlu anda Tahu

6 Tip Memilih Balang Kuih Yang Perlu anda Tahu. Memilih balang Kuih untuk kegunaan sendiri ataupun untuk balang kuih raya yang hendak dijual adakalanya memenatkan dan meletihkan. Ini kerana apabila produk diletakkan dalam balang ianya seperti tidak sesuai. Berikut adalah Tip daripada Warisan Mak Andak bagaimana cara untuk memilih Balang Kuih
A post shared by Warisan Mak Andak (@warisanmakandak) on
1. Kedap Udara
Pastikan balang kuih raya itu kedap udara, ini bermaksud apabila kuih diletakkan di dalam balang, udara tidak mudah masuk dan ianya akan membuatkan kuih atau biskut anda lebih tahan lama.

2. Tidak Longgar apabila di Ketatkan
Sesetengah balang Kuih atau biskut mengalami masalah tidak mahu tertutup rapat atau tidak dapat diketatkan. Ini akan membuatkan kuih atau biskut anda menjadi lemau dan masuk angin. Rasanya pula pasti berubah dan tidak akan sedap seperti baru dibeli.

3. Tidak Mudah dimasuki serangga
Balang kuih juga perlu dipilih supaya ianya tidak mudah dimasuki oleh serangga. Ini adalah untuk menjaga kebersihan makanan yang diletakkan di dalam balang tersebut

4. Nampak Cantik dan Menarik
Bagi Penjual - penjual Kuih atau biskut di dalam balang, apa yang penting didalam pemilihan balang ianya mestilah nampak cantik dan kemas serta mudah menarik mata pelanggan untuk membeli biskut yang diletakkan di dalam balang tadi

5. Membuat Pemilihan yang tepat
Pilih Balang yang sesuai dengan produk anda, sama ada balang plastik ataupun balang kaca.

6. Melekatkan gam selotep
Bagi menjamin udara tidak masuk kedalam balang, gam selotep perlu diletakkan. Ini adalah sebagai perlindungan tambahan. Biasanya gam diletakkan bagi produk yang ingin dijual.



Begitulah berberapa panduan yang dikongsikan.Bagi melihat jenis - jenis balang boleh melihat di Facebook dan Instagram WMA Plastic .

0 comment... add one now