Cara - Cara Permohonan Rumah Selangorku

Panduan Cara - Cara Permohonan Rumah Selangorku. Bagi yang berminat untuk mendapatkan Rumah Selangorku boleh mencuba untuk membuat Permohonan. Menurut Laman Web Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'.

Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Berikut adalah senarai projek - projek untuk

Setelah itu, untuk memohon anda boleh mengisi borang yang disediakan. Berikut ialah pautan ke link - link permohonan bagi setiap kategori:-

Borang Permohonan

PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU DAN KEDAI / INDUSTRI MAMPU MILIK SECARA ATAS TALIAN

1. Permohonan Rumah Selangorku dan Kedai/Industri Mampu Milik 

BORANG-BORANG PERMOHONAN BOLEH DI MUAT TURUN:
1. Borang Permohonan Pendaftaran Rumah SelangorKu Jenis A
2. Borang Permohonan Kebenaran PindahMilik Rumah Kos Rendah (Versi 2017)
3.Borang Permohonan Kebenaran PindahMilik Kedai Kos Rendah
4. Borang pengemaskinian maklumat Rumah Selangorku

Sila ambil perhatian semua Pendaftaran Permohonan Rumah SelangorKu perlu dibuat secara atas talian (ONLINE) bermula pada 1/1/2015 dialamat berikut http://ehartanah.lphs.gov.my walaubagaimanapun bagi memenuhi permintaan kumpulan sasar, hanya Pendaftran Permohonan Rumah SelangorKu Jenis A sahaja masih dibenarkan untuk dihantar secara manual dengan memuat turun borang tersebut. Borang tersebut hendaklah dihantar SENDIRI oleh pemohon di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (Kaunter Bahagian Perumahan, Podium Selatan) yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Bahagian Perumahan,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara - Cara Permohonan Rumah Selangorku"

Post a Comment