Cara Untuk Tukar Nama Geran Motor dan Kereta bagi Tuan Punya Yang Sudah Meninggal Dunia

Cara Untuk Tukar Nama Geran Motor dan Kereta bagi Tuan Punya Yang Sudah Meninggal Dunia. Sekiranya ada diantara anda yang mengalami situasi dimana kenderaan anda , Motorsikal ataupun kereta yang Tuan punya kenderaan tersebut telahpun meninggal dunia, berikut adalah cara - cara panduan yang boleh digunapakai.



Individu yang ingin menukar nama kenderaan tersebut perlu mengikuti beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Tukar milik ini perlu dilakukan sekiranya kenderaan tersebut digunakan sebagai kenderaan harian. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang. Ianya dilakukan juga kerana kenderaan ini perlu diperbaharui cukai jalan dan insuran.

Umum mengetahui sekiranya cukai jalan telah tamat tempoh, ianya menjadi satu kesalahan undang - undang sekiranya kenderaan tersebut digunakan diatas jalan.

Cara dan Prosedur Tukar Geran Kereta | Motorsikal Bagi Pemilik yang telah Meninggal Dunia.

Senarai borang perlu, borang pertukaran milikan dan dokumen pengesahan / sokongan

  • DUA(2) salinan borang Senarai semak TM-3 ( Pind. 1/2009) Muat Turun
  • DUA(2) salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru ( penerima Pusaka ) Muat Turun
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan Asal ( JPJK2 ) Geran
  • Dokumen Pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika bekenaan atau salah satu daripadanya seperti : Surat perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet ( Grant Letter of Probate ) atau Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pusaka ( Grant Letter of Administrator ) Pejabat Harta Pusaka Kecil.
  • Laporan B5 pemeriksaan tukar milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa / sah

Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti.

0 comment... add one now