Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari. Jom Ikuti Tips Mudah

Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari. Jom Ikuti Tips Mudah!!
Setiap hari aktiviti yang kita lakukan berbeza mengikut individu. Pekerjaan yang berbeza, jadual waktu yang berbeza. Malah kekangan masa juga berbeza mengikut rutin harian kita. Tapi walau sesibuk mana pun, kesihatan juga perlu di titik beratkan. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dan kekal sihat setiap hari!



Pemakanan. 
Okay susun jadual pemakanan korang. Jangan skip waktu makan sebab jadual pemakanan yang baik adalah bagus untuk membantu korang kekal bertenaga. Paling penting jangan tinggal sarapan pagi. Sekurang-kurangnya ambil sarapan dalam kuantiti yang sikit macam roti, susu atau bijirin. Ini penting untuk bekalkan tenaga diwaktu pagi dan mengelakkan korang ambil makanan tengahari yang berlebihan. Sarapan dapat bantu dalam pencernaan selain dapat mengurangkan berat badan tau.

Minum air yang cukup. 
Air kat sini bermaksud air putih ye. Elakkan minum air manis atau air berkarbonat secara berlebihan. Jumlah gula yang tinggi tu buat berat badan sangat susah nak turun. Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. Jadi sistem pencernaan korang pun bertambah lancar. Sisa toksin lagi senang untuk dibuang dari badan. Ambil air putih dengan perahan lemon pun sangat baik. So bila badan rasa ringan, takde la rasa lemau je seharian. Semangat sikit okay!

Alert dengan tekanan darah.
Dalam hidup ni memang tak lari daripada masalah. Kadang tudung tak menjadi pun boleh jadi satu tekanan. Yang ni orang perempuan kebanyakannya sangat sensitif dengan tudung yang senget benget. Ni contoh je. Jangan biarkan hidup korang diselubungi kemurungan. Belajar untuk berlapang dada dan menerima sesuatu ketentuan. Fikiran yang positif penting untuk hadapi kehidupan yang ceria. Tekanan darah tinggi pun akan dapat dielakkan. Chill lah!

Paling penting jaga waktu tidur.
Pastikan waktu tidur korang mencukupi dan berkualiti. Sebaiknya tidurlah awal supaya esoknya korang dapat tenaga yang cukup untuk aktiviti seharian. Apa kata lepas ni bangun tidur je terus senyum. Tak salah pun nak senyum sorang-sorang. Jadi emosi kita di awal pagi pun dah ceria. Nak buat kerja pun rasa semangat je sebab emosi kita dalam mood happy. Tak percaya cubalah!

Semoga lepas ni korang lebih sihat dan gembira setiap hari. Amalkan gaya hidup sihat tu penting okay. Semua orang berhak untuk bahagia. Yeayy!!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari. Jom Ikuti Tips Mudah"

Post a Comment