Gemuk Dan Berbelanja Kaitan yang perlu anda sedar

Gemuk Dan Berbelanja
Apa ye kaitan gemuk dengan berbelanja? Ada kaitannya. Pengaruh berbelanja ni sangat besar dalam proses berdiet. Kadang ramai antara kita yang berbelanja tanpa mengikut keperluan. Jom baca panduan berbelanja yang bagus supaya kita masih boleh menjaga diet dan mengelak daripada gemuk.



Makan sebelum shopping
Sebelum korang keluar untuk shopping barang dapur di pasaraya, pastikan korang dah makan siap-siap kat rumah. Jangan bershopping dengan perut kosong. Membeli barang dengan perut yang lapar hanya akan menambah keinginan korang untuk beli snek yang tidak perlu.

Senarai belanja
Senaraikan barang keperluan yang takde kat rumah. Bukan barang yang kita inginkan. Lebihkan kepada barang yang segar, bernutrisi dan baik untuk diet korang. Pastikan tengok label dulu sebelum beli ye.

Bakul vs Troli
Sebaiknya elakkan daripada guna troli. Sebab semakin besar ruang untuk kita letak barang, lagi banyak keinginan kita untuk membeli. Guna je bakul kalau barang yang korang nak beli tu sikit je. Sambil tu boleh bakar kalori.

Fokus dan bayar
Waktu nak buat pembayaran, mata jangan nak melilau sangat tengok coklat dekat kaunter tu. Coklat ni semua memang nak buat korang lapar mata. Jadi, stay fokus okay.

Jadi mulai sekarang, jom berbelanja secara berhemah!


0 comment... add one now