Ingin Membeli Jam Tangan? Ini Panduan Mudah.

Ingin Membeli Jam Tangan? Ini Panduan MudahMesti ramai yang masih lagi teragak-agak masa nak pilih jam tangan kan. Sesuai ke jam tangan ni, cantik ke kalau pakai. Tahan lama tak jam ni, ke sebulan dua dah rosak. Macam-macam soalan yang berlegar lagi-lagi kalau korang jenis yang sangat jarang nak beli jam. Kat sini kami nak kongsikan sikit panduan supaya korang boleh terus pilih jam tangan yang sesuai. So tak perlu nak menung panjang depan kedai jam tu eh.



Sesuaikan jam tangan dengan karakter. 
Kat sini korang kena kenal dengan karakter korang sendiri. Supaya bila jam tu elok terletak kat tangan pun dah boleh serlahkan kecantikan diri yang sebenar. Sebagai contoh kalau yang bekerja di pejabat, cari lah jam tangan yang ada timer dan alarm. Ataupun tarikh dan hari. Jadi kerja harian di pejabat pun akan jadi lebih mudah kan.

Bagi yang mempunyai karakter yang sentiasa aktif dan lasak, digalakkan untuk membeli jam tangan yang bersifat anticalar. Rekaan yang besar dan lebar juga membantu untuk melihat waktu dengan lebih mudah. Golongan jenis ini sesuai untuk guna jam tangan jenis sporty. Barulah match dengan aktiviti lasak korang tu.

Bagi yang stylish dalam berfesyen, jam tangan daripada rekaan kulit sangat sesuai. Selain tu, pilihlah reka bentuk yang unik, tahan air dan yang penting selesa untuk aktiviti seharian.

Dah ukur pergelangan tangan?
Eh tak perlu la sampai nak ukur pergelangan tangan tu. Jangan bawak measuring tape pegi kedai jam okay. Pilih yang bersesuaian dengan saiz pergelangan tangan. Sebelum beli confirm la kena cuba pakai dulu kan. Jadi korang dah boleh nilai samaada jam tu sesuai atau tak. Bagi yang memiliki pergelangan tangan yang besar, so pilihlah jam dengan ukuran yang lebih besar. Begitu jugak la sebaliknya. Jangan terlampau mengikuti fesyen walaupun tak sesuai dengan korang bila dipakai.

Ajak kawan untuk dapatkan pandangan.
Yang ni memang senang. Tapi make sure kawan korang tu tau serba sikit tentang fesyen. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi pendapat samaada jam tangan yang di pilih sesuai atau tak. Mustahil lah takde kawan-kawan yang tak pandai nak bagi pendapat langsung kan.

Google je lah.
Dunia di hujung jari kan. Kalau ada jenis jam tangan yang korang berkenan, cari maklumat dan kaji. Tak semua fesyen yang trendy sesuai dengan diri kita. Lagipun korang dah jimat masa sebab dah kaji sebelum membeli.

Jadi panduan ni senang je kan. Mudah untuk diikuti. Yang penting sesuai, menepati citarasa dan puas hati!!



0 comment... add one now