Jom Ikuti Trick Diet Mudah !!

Jom Ikuti Trick Diet Mudah !!


Ramai sebenarnya yang bercita-cita nak badan yang sihat dan langsing. Tapi tak ramai yang tau cara diet yang betul dan seimbang. Banyak sangat dugaannya bila berdiet kan. Sebenarnya berdiet tu tak susah pun. Asalkan tahu trick yang betul. Ok let’s begin!

Air putih
Mesti ada yang terfikirkan, kadang perut cepat sangat rasa lapar walaupun baru je makan. Sebenarnya kalau nak tau betul lapar atau tak, cuba minum segelas air kosong. Sebenarnya badan kita perlukan air yang lebih, bukan lapar yang perlu kita makan setiap masa. Kalau rasa lapar, cuba minum dulu. Then kalau masih rasa lapar, makanlah.

Cari teman
Okay yang ni penting jugak dalam diet. Kalau korang jenis yang tak kuat nak diet sorang, cari kawan yang ada tujuan yang sama. Kan lagi semangat bila kita dikelilingi kawan yang sokong antara satu sama lain. Takde la diet korang ke laut.

Colourful
Ape yang kalerful nye kan. Makanan yang korang makan tu seeloknya biarlah banyak warna. Maksudnya banyakkan hidangan sayur dan buah yang macam-macam jenis. Semakin banyak nutrisi yang kita dapat daripada makanan tu tau.

Feel the food
Percaya tak kalau korang makan dengan cepat, lagi cepat rasa lapar semuLa. Ni sebab makanan tak dapat dihadam dengan baik. Seeloknya kunyah makanan dengan perlahan. Cuba hayati apa yang korang makan contohnya warna, rasa, kesegaran. Kunyahan yang lebih lambat akan beri badan kita waktu untuk rasa kenyang.

Diari
Apa kata cuba untuk tulis diari diet korang sendiri. Setiap hari catat apa yang dimakan. Sekaligus korang dapat kaji berapa banyak kalori yang diambil setiap hari. Dari situ korang dah boleh plan makanan apa yang baik untuk diet setiap hari.

So apa lagi, jom lah mulakan diet sihat!!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jom Ikuti Trick Diet Mudah !!"

Post a Comment