Niat Puasa 6 dan Fadhilatnya

Niat Puasa 6 dan Fadhilatnya. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan oleh umat Islam selepas menyambut Aidifitri adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Amalan sunat ini mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Berikut adalah panduan niat Puasa Enam.


Lafaz niat Puasa Enam dalam rumi.
Nawaitu sauma ghadin 'an sittati min yaumi syawwaalin sunnatan lillahi Taala.


Fadhilat Puasa Enam

1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun

- Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
- Tambah beliau lagi, barang siapa menyempurnakan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

2. Melengkapkan ketidaksempurnaan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan

- Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan ketidaksempurnaan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung cacat cela yang terdapat padanya.

3. Supaya manusia sentiasa ingat untuk menunaikan puasa sunat lain

- Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk mengamalkan puasa sunat yang lain. Barangkali seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan semangat untuk terus berpuasa, bukan hanya menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.

Semoga dengan segala panduan dan manfaat yang telah dikongsikan dapat membantu kita dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah hendaknya.

0 comment... add one now