Niat Solat Fardhu 5 Waktu dan Solat Jumaat Berserta Bacaan Rumi

Niat Solat Fardhu 5 Waktu dan Solat Jumaat Beserta Bacaan Rumi. Bagi anda yang ingin mengetahui mengenai niat Solat Fardhu 5 Waktu dan Solat Jumaat serta dengan bacaan Ruminya boleh berbuat demikian dengan melihat dibawah.



Solat wajib bagi mereka yang beragama Islam. Niat hendaklah dilakukan sebelum memulakan solat. Untuk pengetahuan Solat terbahagi kepada dua iaitu Solat Wajib dan Solat Sunat.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
1-Beragama Islam
2-Baligh
3-Suci dari hadas
4-Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
5-Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
6-Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7-Menghadap kearah kiblat
8-Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

RUKUN-RUKUN SOLAT
1-Niat
2-Ihram
3-Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa,
disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk,
berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4-Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5-Rukuk dengan toma`ninah.
6-I`tidal dengan toma`ninah
7-Sujud dua kali dengan toma`ninah
8-Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9-Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10-Membaca tasyahud akhir
11-Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12-Membaca salam yang pertama
13-Tertib mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Berikut adalah Lafaz Niat Solat Fardhu


Niat Sembahyang Subuh
Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Zuhur

Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Sembahyang Asar
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


Niat Sembahyang Isyak
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Sembahyang Jumaat
Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala

Diharap mendapat manfaat dengan perkongsian ini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Niat Solat Fardhu 5 Waktu dan Solat Jumaat Berserta Bacaan Rumi "

Post a Comment