Pilih Wangian Anda Dengan Tips ini!!

Pilih Wangian Anda Dengan Tips ini!!


Ada antara kita yang susah sangat nak pilih minyak wangi kan? Kadang-kadang ada tak kita terfikir wangian yang kita beli tu sesuai atau tak dengan kita. Tahan lama atau tak, cara penggunaan minyak wangi pun penting tau untuk pastikan wangian tahan lama. So tak payah lah nak sembur minyak wangi tiap sejam sekali kan. Kat sini kami kongsikan beberapa tips untuk korang pilih minyak wangi yang sesuai. Dah jangan pening-pening. Jom baca.

  • Jangan sembur minyak wangi pada pakaian. Okay kenapa ye? Sebabnye wangian yang disembur pada pakaian tak tahan lama. Mesti ramai yang buat macam ni kan. So baru kerja beberapa jam je dah sembur lagi minyak wangi sebab korang sendiri tak dapat hidu bau minyak wangi yang korang pakai. Sebaiknya, sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, denyutan nadi atau leher. Cara ni akan membuat wangian tahan lebih lama. Tak percaya cuba lah try.
  • Semburkan wangian pada kertas atau pergelangan tangan. Sebaiknya biarkan seketika supaya dapat keserasian bau. Tips ni korang boleh buat sebelum nak beli minyak wangi. Sebab bau wangian di dalam botol tak sama dengan selepas korang pakai. Jadi cuba dulu setiap minyak wangi yang korang suka tu sebelum beli. Pastikan bau dia sama macam yang korang nak ye. Supaya tak murung kalau tersilap beli.
  • Pilih minyak wangi dari bauan yang keras. Tapi bukan semua orang perlu memilih bau wangian yang keras, sesuai kan aktiviti harian korang dengan bau minyak wangi yang sesuai. Bau wangian yang keras sesuai digunakan bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak dan bersukan. Ini kerana bau wangian yang keras akan tahan lebih lama. So walaupun korang bersukan masih lagi boleh jaga penampilan diri dan bau badan.
  • Pilih minyak wangi yang berbau lembut. Kalau wangian yang berbau keras untuk yang aktif, jadi wangian yang berbau lembut semestinya sesuai untuk mereka yang bergerak santai. Seperti mereka yang bekerja di pejabat supaya tidak terganggu dengan bauan yang kuat. 
  • Pastikan minyak wangi sesuai dengan kulit. Tu sebab sebelum beli apa-apa produk wangian, sebaiknya cuba dulu di pergelangan tangan. Jika ada masalah kegatalan atau kemerahan pada kulit maksudnya minyak wangi tu tak sesuai dengan kulit. Mungkin kandungan bahannya tak elok untuk kulit korang. Yang penting pilih wangian yang tidak memudaratkan diri.

Jadi dengan beberapa tips ni semoga korang lebih yakin untuk memilih minyak wangi yang sesuai dan tampil lebih yakin. Yeahh!!!

0 comment... add one now