Resepi Ayam Panggang Atkins

Resepi Ayam Panggang Atkins. Berikut adalah resepi untuk mereka yang mengamalkan diet atkins. Resepi kali ini adalah dari Yusye Shufauzye daripada Facebook Kurus Bersama Atkins. Berikut adalah perkongsian Daripada Beliau.



Ubah suai sikit resepi bg atkiners2 boleh ngap...

AYAM PANGGANG ATKINS

Bahan - bahan

1 Ekor ayam dibelah belakang dan dibersihkan.
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
8-10 cili kering
1 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
stevia @ gula organik - sesedap rasa...
1 camca kecil garam

Cara memasak....
1. Lumurkan garam dan gula pada ayam
2. Cili kering digunting dan direbus dahulu..
3. Kisarkan bawang, cili kering, halia, kunyit dan serai
4.rebus kan ayam telebih dahulu..supaya x ambik masa untk memanggang...Lumurkan bahan kisar pada ayam hingga rata.
5. Perap sekejap dalam 10-15 minit.
6. Bakar menggunakan pemanggang Ajaib Ok.... Kalau X ada pemanggang Ajaib boleh dibakar dlm microwave atau oven ya. Bakar selama 1 jam. Suhu....ikutlah pada microwave dan Oven masing2.
7. Sekali sekala balik2 dan buka lihat keadaan ayam. Kalau tak buka tengok nanti hangus pula.
8. Apa bila masak boleh la dihidangkan.


Selamat mencuba

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Ayam Panggang Atkins"

Post a Comment