Resepi Diet Atkins Hari Ke Tiga Menu yang dicadangkan

Resepi Diet Atkins Hari Ke-Tiga Ini yang perlu anda lakukan. Ini adalah Perkongsian daripada Nik Yam Chik Zainab, mengenai resepi murtabak ayam dan Resepi Ayam Goreng Berempah untuk hari ketiga  berdiet atkins. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda. Resepi ini adalah sekadar Cadangan untuk anda yang berdiet Atkins




RESEPI MURTABAK AYAM
1 Ketul Dada Ayam (Cincang)
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
1 Sudu Serbuk Kari*
2 Biji Telur

-Tumis bahan bertanda * dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
-Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur dan masukkan isi ayam yang telag digoreng tadi.
-Goreng menggunakan kuali non stick pan.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH 
2 Ketul Ayam
1 Sudu Teh Kunyit*
1 Sudu Teh Serbuk Kari*
Halia dan Lengkuas*
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
Garam Secukup Rasa*

-Blend semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
-Perap ayam dengan bahan yang telah diblend tadi. Lagi lama perap lagi sedap.
-Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Siap.

Selamat Mencuba

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Diet Atkins Hari Ke Tiga Menu yang dicadangkan"

Post a Comment