Resepi Diet Atkins Hari Pertama

Resepi Diet Atkins Hari Pertama. Ini adalah Perkongsian daripada Nik Yam Chik Zainab, mengenai resepi nugget ayam dan kangkung goreng belacan untuk hari pertama berdiet atkins. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda.


Resepi Diet Atkins Hari Pertama
RESEPI NUGGET AYAM 
Isi Ayam
2 Biji Telur
1 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)
1 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Merah
Garam Secukup Rasa

-Kisar semua bahan dan kukus sehingga masak.
-Potong mengikut bentuk yang diinginkan.
-Celup dengan putih telur sebelum goreng. Siap.

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
1 Ikat Kangkung
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
1 Sudu Belacan*
Garam Secukup Rasa

-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan kangkung dan tambah garam. Siap

0 comment... add one now