Ingin Selesa Dengan Kasut Tumit Tinggi? Ini yang perlu anda tahu

Selesa Dengan Kasut Tumit Tinggi
Tak semua perempuan suka pakai kasut tumit tinggi. Antara faktornya sebab sakit kaki, tak selesa, dan jarang ke majlis yang formal. Jom tengok macam mana cara nak bagi kaki selesa bila pakai kasut tumit tinggi.


Fabrik kasut
 Pilih kasut dengan fabrik yang korang selesa untuk pakai. Macam-macam fabrik kasut yang korang boleh dapat sekarang ni. Kalau suka yang melekat dekat kaki,pilih lah fabrik jelly shoes. Untuk kasut tumit tahan lama, sebaiknya pilih yang diperbuat daripada kulit dan berkualiti.

Pakai kasut dalam tempoh yang lama?
Elakkan daripada memakai kasut dalam tempoh yang lama. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai pada setiap masa. Kalau korang terlibat dengan kerja yang memerlukan pemakaian tumit tinggi,pastikan bawak sekali sepasang kasut biasa supaya kaki boleh berehat.

Pilih ketinggian tumit kasut
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilihlah tumit kasut yang berketinggian sederhana. Pakai wedges pun sesuai, biasakan cara pemakaian dulu then tukar kepada yang tumit lebih tinggi.

Rehatkan kaki
Sekali sekala regangkan kaki dan urut kaki korang. Kalau ada masa, cuba rendam kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi. Mesti kaki rasa lagi selesa.

Jadi, lepas ni tak perlu risau dah nak pakai kasut tumit tinggi. Yang penting tau panduan dan cara pemakaian yang betul. Selamat mencuba!

0 comment... add one now