Semak ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB Ini yang Perlu Anda Lakukan

Semak ASB Online dan Cara Daftar MyASNB ini yang perlu anda lakukan. Sebagai seorang pelabur di ASB sudah tentunya kemudahan ini memberi banyak faedah kepada pelabur - pelabur. Untuk makluman anda ASNB telah memperkenalkan satu kaedah baru untuk pelabur - pelabur membuat semakan secara atas talian tanpa menggunakan buku.


Berikut apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu:-
Sebelum mendaftar di MyASNB, Sila ke cawangan atau ejen ASNB untuk

1: Mendapatkan nombor 12 digit dan
2. Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk penghantaran tac number.

Berikut adalah kelebihan - kelebihan apabila anda telah mendaftar di MyASNB
  1. Boleh membuat pelaburan secara online untuk mana-mana unit amanah ASNB
  2. Semakan baki pelaburan
  3. Urusniaga secara percuma
Langkah - langkah pendaftaran Pendaftaran Akaun dengan MyASNB Portal
Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut.

Terlebih Dahulu Sila klik : https://www.myasnb.com.my/
Kemudian Klik pada pautan Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang

seterusnya ikuti langkah berikut: 
Langkah 1 - Maklumat Pemegang Unit
Langkah 2 - Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS
Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit.
Langkah 4 - Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan.

Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan . Sila cetak / simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.

SILA PASTIKAN KATA LALUAN SEMENTARA ANDA DI SIMPAN DENGAN SELAMAT UNTUK MELAKUKAN LOG MASUK KALI PERTAMA SELEPAS PROSES PENGAKTIFAN.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi, Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB di talian 03 8026 8101. Selain MyASNB.

Selain Itu juga anda boleh membuat pelaburan di Cawangan - cawangan ASNB berhampiran anda serta dengan Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank dan  juga

Perbankan Internet seperti  Maybank2u, CIMBClicks dan RHBNow.

Semoga setiap urusan anda akan dipermudahkan bagi semakan dan pelaburan ASBN.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semak ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB Ini yang Perlu Anda Lakukan"

Post a Comment