Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online. Bagi anda yang ingin ke luar negara, adalah lebih baik untuk membuat semakan sekiranya ada diantara anda yang telah disenarai hitamkan oleh PTPTN, LHDN, PDRM, Perintah Mahkamah ataupun juga telah diisytiharkan sebagai Muflis.



Bagi tujuan semakan, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan untuk membuat semakan secara Online untuk membuat semakan status senarai hitam 'blacklist' Imigresen dan PTPTN atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Kebaikan apabila anda membuat semakan senarai hitam ini adalah supaya dapat memudahkan urusan apabila hendak ke Luar Negara. Sekiranya terjadi tanpa anda membuat semakan sudah pastinya akan menganggu mood anda untuk ke luar negara mahupun bercuti atau atas urusan perniagaan. 

Sebab - sebab kebiasaan nama disenarai hitam adalah disebabkan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Jika anda ingin membuat semakan senarai hitam secara Online Boleh Klik ke Alamat Applikasi seperti yang dinyatakan di bawah:-

Setelah Anda membuat semakan, dan tiada apa - apa halangan bagi anda untuk ke Luar Negara, maka keputusan akan keluar seperti di bawah:-



Nak ke luar negara? Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, mahupun diisytihar sebagai bankrap.



Cara Membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Bagi peminjam PTPTN, senarai hitam akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai tunggakan. 
Semakan senarai hitam PTPTN boleh dilakukan secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.  

Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui kaedah semakan seperti berikut:
Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
Portal Rasmi PTPTN - Semakan Senarai Hitam
Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Diharapkan dengan cara - cara Semakan Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Secara Online ini dapat memberi manfaat anda dalam merancang perjalanan ke luar negara untuk bercuti, bekerja ataupun atas urusan perniagaan. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Online"

Post a Comment