Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) - Jabatan Akauntan Negara

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) - Jabatan Akauntan Negara. Ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuat semakan wang tidak dituntut (WTD) di jabatan Akauntan Negara.


Wang Tidak Di tuntut ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara dibawah Simpanan Wang Tidak dituntut. Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan.

Menurut UTUSAN ONLINE bertarikh 6 Julai 2017 oleh Maisarah Sheikh Rahim, kini terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah ter­kumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tun­tutan dibuat.

Cara membuat semakan cukup mudah, hanya serahkan MyKad di kaunter atau hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Berikut adalah Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara
  • Anda perlu hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Berikut adalah senarai Lokasi JANM.
  • Dikehendaki membawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter 
  • Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan proses semakan tidak akan memakan masa yang lama, hanya lima minit pemohon akan dapat tahu jika mempunyai WTD
  • Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan
  • Untuk anda yang ingin membuat semakan bagi waris yang telah meninggal dunia ianya juga boleh dilakukan. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
  • Sekiranya terdapat wang tidak dituntut, pemohon tadi perlu mengisi borang tuntutan.
  • Beberapa dokumen berkaitan seperti salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik perlu disertakan
  • Anda boleh membuat rujukan bagi Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut dalam PDF.

Semoga urusan anda semua untuk membuat semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) di permudahkan. 

0 comment... add one now