Spider-Man: Homecoming Review - Trainee Spider-Man Yang Sangat Cute

Spider-Man: Homecoming Review - Trainee Spider-Man Yang Sangat Cute. Buat anda yang masih belum menonton Filem Spiderman Homecoming, di sini kami ada sedikit review mengenai filem ini. Sebelum itu Filem Spiderman Homecoming ini sememangnya filem yang dinanti - nantikan selepas kemunculan Spiderman dalam Filem Captain America Civil War.



Pelakon: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Donald Glover, Tyne Daly, Marisa Tomei, Robert Downey Jr., Laura Harrier

Director: Jon Watts
Filem Spiderman Homecoming, sememangnya filem yang amat dinantikan. Apa yang boleh kami katakan selepas menonton filem ini, ianya adalah sedikit hambar. Mungkin disebabkan Spiderman seorang remaja yang masih belum menguasai sepenuhnya kuasa superhero yang diperolehinya.

Walaubagaimanapun lakonan Tom Holland sebagai Spiderman sememangnya sangat - sangat memuaskan. Watak beliau yang melakonkan Peter Parker sangat hebat. Lakonannya yang mantap menjadi tunjang kepada filem ini. Tetapi ada scene - scene yang sama seperti filem - filem spiderman sebelum ini.

Lakonan Michael Keaton sebagai Villain sememangnya menarik. Walaupun auranya lambat tetapi lakonan beliau memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Iron Man atau Robert Downey Jr mempunyai kekuatan tersendiri dalam watak yang ditampilkan. Ibarat seorang penjaga yang menghadkan pergerakan seorang remaja yang ingin dihargai.

Apa yang buruk: Spider-Man ini masih seorang pelatih, dia masih belum terbiasa dengan kostumnya, saya tidak suka superhero zaman kanak-kanak kegemaran saya yang dipamerkan sebagai remaja yang tidak berdaya dan terdedah yang memerlukan seseorang untuk menyelamatkan dirinya semasa dalam bahaya.

Tonton atau Tidak: Filem ini tidak akan menarik perhatian anda jika anda seorang peminat Spider-man.

Tonton Trailer Spider-Man Homecoming





0 comment... add one now