Suka Bersukan Tapi Risau Cedera? Jom ikuti tips mudah!!

Suka Bersukan Tapi Risau Cedera? Jom ikuti tips mudah!!
Rata-rata rakyat malaysia ramai yang terlibat dalam sukan secara langsung atau tidak langsung. Sukan bukan hanya dijadikan sebagai kerjaya. Tetapi jugak penting untuk meningkatkan kesihatan badan secara amnya. Sesetengah orang yang bekerja seharian dipejabat akan mengkhususkan waktu tertentu untuk mereka bersukan bagi mengeluarkan peluh. Tapi dah cukup bersedia ke untuk bersukan secara sihat? Bagi mereka yang jarang bersukan, mengelakkan daripada tercedera tu penting okay. Jom baca tips ni.


Pertama sekali.
Make sure sebelum nak bersukan tu badan korang memang sihat dan cergas. Eh kalau tak cergas tak boleh bersukan ke? Bukan, maksudnya kat sini biarlah korang dalam keadaan badan yang sihat dan mampu untuk melakukan aktiviti sukan tu. Sukan bukan setakat berlari keliling taman permainan je. Contohnya wall climbing, skateboard, paintball pun adalah sukan, tapi dalam kategori lasak. Jadi kalau badan tak sihat ke, pening atau tak cukup stamina, bukan ke akan memudaratkan diri sendiri. Jadi pastikan badan korang mampu untuk melakukan apa-apa sukan pun okay.

Yang ni pun penting.
Sesetengah orang memang tak berapa concern pasal ni. Pastikan kasut dan pakaian korang tu bersesuaian dengan aktiviti sukan tu eh. Jangan pakai hentam keromo je. Nak bersukan, pakai pakaian sukan, yang serap peluh contohnye. Supaya bersukan lebih selesa dan dapat naikkan semangat korang. Baju sukan pun cantik-cantik tau sekarang ni. Bukan pergi kenduri je boleh bergaya, bersukan pun boleh nampak cantik dan kemas kalau betul gayanya. Pemilihan kasut pun penting, tak semua kasut sukan sesuai dengan semua jenis sukan. Kasut sukan untuk berlari pun tak sama dengan kasut untuk aktiviti sukan lain. Pastikan masa beli, korang selesa bila pakai. Jangan ketat atau longgar sangat. Nanti sambil berlari ade pulak yang tertinggal kasut kat belakang.

Semestinya warm up dan cool down tu penting.
Ni untuk mengurangkan risiko kejang otot ye. Selain tu nak bagi pengaliran darah korang lancar sewaktu bersukan. Jadi takde la baru berapa minit bersukan dah semput. Kalau sewaktu bersukan tu korang cedera dan kebetulan ada orang yang pandai handle, tu bonus. Sekurang-kurangnya ada yang boleh bantu.

Jadi bersukan tu memang digalakkan untuk tingkatkan kesihatan. Dalam masa yang sama boleh kenal ramai orang. Takde ruginya meluangkan sikit masa untuk kesihatan diri sambil bersosial. Mana tahu kan, dapat jumpa jodoh?

0 comment... add one now