Tips Redakan Kemarahan, Ini yang perlu anda buat

Tips Redakan Kemarahan
Bila dalam keadaan marah, emosi kita tak akan stabil. Selalu perasaan tu akan bercampur kecewa dan sedih. Jom baca tips yang dapat membantu untuk redakan perasaan marah dan lebih tenang.


Ruang
Dalam keadaan kecewa dan ingin melepaskan kemarahan, carilah ruang untuk diri korang sendiri. Cari tempat yang tenang dan udara yang segar. Bertenang dan cuba elakkan daripada bertembung dengan orang yang terlibat dalam permasalahan tu. Dengan cara ni, korang boleh berfikir dengan baik dan membuat keputusan.

Tarik nafas
Tarik nafas dan bertenang. Dalam emosi yang marah, oksigen yang cukup akan sampai ke otak dan mengendurkan urat yang tegang. Ini akan membantu korang untuk lebih tenang dan cubalah berfikir perkara-perkara yang baik.

Berhibur
Ajak kawan keluar sambil tengok wayang ke, atau cari topik perbualan yang dapat membuat korang tersenyum untuk mengubah emosi marah tu.

Komunikasi
Dalam emosi yang tidak menentu, carilah teman untuk berbual. Sebaiknya carilah kawan yang boleh dipercayai untuk meluahkan isi hati korang tu. Sedikit sebanyak beban di hati dapat dikurangkan.

Semoga tips ni dapat membantu dalam menangani rasa kecewa dan marah yang korang hadapi. Percayalah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Senyum sikit ;)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tips Redakan Kemarahan, Ini yang perlu anda buat"

Post a Comment