1000 rimau Sukan SEA serang Pavilion KL sehingga September 2017

Bagi anda yang berada di KL boleh melihat 1000 Patung rimau Sukan SEA di Pavilion KL sehingga bulan september 2017 nanti. So bagi anda jangan lepaskan peluang untuk melihat rimau - rimau ni dengan lebih dekat. Yeay!!

Untuk Makluman semua, Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Intigrity), Tangkas (Move), Bersikap positif (Attitude) dan Bersatu (Unity).
Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga rantau ini.

0 comment... add one now