3 Bahan Untuk Membuat Tauhu Secara Homemade

3 Bahan Untuk Membuat Tauhu Secara Homemade. Hari ni bila buka Facebook kami agak teruja dengan perkongsian Viral daripada Puan Azlia Al Hayahuddin dengan perkongsian beliau mengenai resepi dan Panduan memebuat tauhu secara Homemade. Sebenarnya dah lama ingin belajar membuat tauhu ni, Alhamdulillah lepas ni boleh buat sendiri.


Berikut adalah Perkongsian beliau mengenai bahan - bahan dan resepi cara membuat Tauhu secara Homemade:-

Bahan - Bahan
3kg kacang soya
18 liter air
45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) - serbuk ini digunakan bagi mengeraskan tauhu

Cara Memasak
1.  Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2.  Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3.  Masak susu soya hingga mendidih.
4.  Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
5.  Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
6.  Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain.
7.  Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
8.  Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9.  Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Kredit Resepi dan Gambar: Azlia Al Hayahuddin

0 comment... add one now