3 Kelebihan Tidur Yang Cukup

3 Kelebihan Tidur Yang CukupSemua orang memerlukan tidur yang cukup. Tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat membantu memberi tenaga pada badan untuk aktiviti seharian. Jom tengok apa kelebihan tidur yang cukup pada diri kita.


1. Lebih bersemangat untuk bersukan
Apa kena mengena tidur yang cukup dengan bersenam? Ade kaitannya, bila korang manfaatkan masa tidur yang secukupnya badan akan dapat tenaga yang lebih baik. Seronok tak bila nak bersukan tapi badan penat? Mesti tak bestkan. So nak mengelakkan badan daripada rasa letih pastikan dapat tidur yang secukupnya.

2. Proses pencernaan yang baik
Badan yang stress akan mempengaruhi proses pencernaan. Bukan pengambilan serat je yang penting. Salah satu sebab badan dalam keadaan stress mestilah kerana kurang tidur. So, jadikan tidur yang cukup ni sebagai rutin harian, okay?

3. Mood yang gembira
Tidur yang cukup akan menghasilkan mood yang baik. Kalau kurang tidur, korang pun akan hilang mood seharian. Bila takde mood selalunya mestilah rasa makan pun membuak-buak kan. Ni salah satu sebab kenapa badan cepat naik. Mood yang baik akan membantu korang lebih ceria dan mampu berfikir dengan baik.

Tidur yang secukupnya dapat membantu korang rasa lebih bersemangat untuk lakukan aktiviti seharian. Sebaiknya tidur awal waktu. Pastikan korang dapat tidur yang berkualiti ye.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "3 Kelebihan Tidur Yang Cukup"

Post a Comment