Adab Berkata-Kata

Adab Berkata-Kata. Nak bercakap pun kena ada adab tau. Tak boleh lah cakap main sedap mulut je. Nanti ada yang terguris hati. Cara percakapan pun melambangkan keperibadian. Kalau muka dah kacak, cantik perangai pun kena la semanis orangnye. Okay jom baca.



Elakkan daripada berkata buruk. Kalau berbual dengan kawan-kawan atau sesiapa saja, pastikan jangan bawa cerita pasal orang lain. Sebab semua orang ada kelemahan, termasuklah diri sendiri. Sebelum kita tahu kesahihan sesuatu cerita, seeloknya jangan lah jadikan cerita tu sebagai topik utama. Cakap pasal hal sendiri lagi baikkan. Kongsi cerita yang best-best mesti lagi ceria hari korang.

Bercakap benar. Ini penting sebab setiap cerita yang ditokok tambah akan merumitkan lagi keadaan. Sebagai contoh kalau ada kawan yang terlepas kuliah ataupun mesyuarat, pastikan korang sampaikan apa yang betul je. Jangan sampaikan maklumat yang takde pun dalam kuliah atau mesyuarat yang korang hadir tu okay.

Sebelum kita bercakap, fikir dulu. Kadang-kadang apa yang kita cakap mungkin mengguris perasaan orang lain. Ataupun kalau korang ada pendapat yang nak dikongsi, pastikan ia tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Maklumlah sekarang ramai yang suka menghentam walaupun takde maklumat yang tepat.

Bagi kata-kata yang membina. Setiap kali berkata-kata berilah ucapan yang memberi semangat kepada orang lain. Jangan mengguris perasaan orang sebab setiap orang mempunyai sensitiviti yang tinggi. Nanti ada yang memendam rasa, jangan jadikan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita penyebab kepada kelukaan orang lain.

So jadilah seorang yang memberi manfaat kepada orang lain. Supaya orang sentiasa rasa selesa bersama kita.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adab Berkata-Kata"

Post a Comment