Amalkan Cara Pemakanan Sihat

Amalkan Cara Pemakanan SihatAmalan pemakanan yang tidak sihat akan menyumbang kepada banyak penyakit. Gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak menentu menyebabkan pengumpulan bahan kimia dan toksin di dalam badan. Tak hairan lah kalau di usia muda pun dah banyak penyakit kan.

Sebagai seorang muslim, makanlah makanan yang halal. Tak kira lah dari segi makanan tu sendiri ataupun punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Sebelum makan, bacalah doa supaya berkat.

Tak kisah apa pun makanan yang korang makan pastikan makanan tu tak terlalu panas atau terlalu sejuk. Pastikan makanan panas tu dah sejuk sikit baru makan okay.

Bagi yang tidak bekerja kasar, disarankan untuk mengambil nasi sekali sehari. Hidangan diwaktu lain boleh makan selain nasi dan pastikan zat yang korang ambil seimbang ye. Lebihkan kepada protein dan kekacang. Kekacang dapat meningkatkan kecerdasan minda.

Selain tu kurangkan makanan manis dan garam yang tinggi. Pengambilan yang berlebihan akan mengundang macam-macam penyakit tau. Minuman gas juga perlu dikurangkan, kalau perlu cut terus pun takpe sebab air gas mengandungi tahap gula yang sangat tinggi.

Sebaiknya lebihkan minum jus buah-buahan. Ia adalah salah satu sumber serat dan baik untuk kesihatan. Jangan makan sambil berjalan atau baring. Ia akan menganggu sistem penghadaman korang.

Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng, biasakan puasa sunat juga ye supaya perut boleh berehat. Mula-mula memang payah sikit nak amalkan sebab korang dah terbiasa dengan amalan pemakanan yang tak menentu. Takpe, cubalah perlahan-lahan sebab kesihatan tu penting okay!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amalkan Cara Pemakanan Sihat"

Post a Comment