Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Melancong

Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Melancong

Selepas bertungkus lumus bekerja sememangnya badan memerlukan rehat. Jauhkan diri daripada kerja buat sementara dan pergilah bercuti. Jangan paksa diri kalau dah terlalu stress dengan kerja atau belajar. Ambillah masa untuk melancong tak kisahlah berseorangan atau bersama teman. Tapi melancong pun ada adab-adab yang perlu kita patuhi ye.



Firstly sebelum memulakan perjalanan, semestinya lah kena baca doa. Jangan terlampau seronok sampai terlupa berdoa. Minta supaya perjalanan korang selamat pergi dan balik. Dalam perjalanan juga jangan terlalu gembira dan ketawa tak ingat dunia ye. Sebaiknya masa perjalanan yang ada tu selitkan juga dengan zikir. Hayati perjalanan tu dengan memerhati keindahan alam.

Sebelum korang pergi ke sesuatu tempat apa kata korang kaji dulu budaya penduduk kat situ. Sesetengah tempat dorang ada adab dan budaya dorang sendiri. Jadi korang perlu tau dan hormatilah budaya penduduk kat situ okay.

Pergi ke tempat orang jagalah adab dan tatasusila. Buat aktiviti yang berfaedah dan tak melanggar hukum agama. Buat aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada korang dan jadikan ia satu kenangan manis sewaktu bercuti.

Sambil melancong cuba hayati keindahan tempat yang korang lawati tu. Dunia ni sangat luas untuk diterokai. Ambil pengalaman yang manis dan cuba muhasabah diri. Sangat banyak kejadian alam yang korang boleh hayati. Ni salah satu cara yang dapat mengukuhkan iman dalam diri korang. Sepanjang melancong, apa yang korang nampak baik jadikan pedoman. Yang buruk jangan diikut okay.

Jadi jagalah adab korang sewaktu melancong. Kutip pengalaman yang indah, rehat daripada masalah buat seketika. Minda dan badan korang memerlukan rehat yang secukupnya. So ambillah masa untuk bercuti okay!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Melancong"

Post a Comment