Bermotivasi Ketika Diet

Bermotivasi Ketika Diet



Bagi yang sedang berdiet, kadangnya semangat tu turun naik kan. Lagi-lagi kalau berdiet tapi tak dapat nak konsisten setiap hari. Ada je dugaannya. Kawan ajak makan pun satu dugaan tau. Kalau tak kuat semangat memang ke laut lah jawabnya.

Cari kawan dan buat latihan bersama. Berdiet ni memang bagus kalau berteman. Sebab bila kita down atau hampir putus asa, kawan ni lah yang akan bagi semangat. Tak kisahlah korang nak bersenam atau pergi makan sekalipun, korang boleh saling mengingatkan. Ajaklah kawan berjoging, sambil berkongsi idea tentang diet korang tu. Mesti lagi seronok kan sebab banyak idea yang korang boleh amalkan.

Dengar Muzik. Okay masa bersenam ataupun menjalani latihan, cubalah pasang muzik yang korang suka. Bila mendengar muzik korang akan rasa masa berjalan dengan cepat. Bersenam pun jadi lagi semangat kan. Selalunya orang akan memilih lagu yang rancak untuk rasa lebih gembira. Tapi tak salah pun nak tukar-tukar muzik supaya korang tak rasa bosan dengan muzik yang sama.

Positif. Berfikirlah dengan positif. Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Kalau kita positif dan ceria mesti seronok kan bila nak bersenam. Perasaan negatif hanya akan buat korang rasa malas untuk bersenam. Jadi macam-macam alasan yang akan korang bagi. Selepas bersenam korang akan rasa lagi segar dan sihat. Jadi takde ruginya kalau sentiasa fikir yang positif.

Untuk rasa lagi bersemangat, rewardlah diri sendiri. Tahniah sebab korang boleh tolak makanan-makanan yang mengganggu diet korang. Semoga dapat berdiet dengan jayanya!

0 comment... add one now