Cara Dapatkan Kualiti Tidur Yang Baik

Cara Dapatkan Kualiti Tidur Yang Baik. Macam-macam cara sebenarnya nak dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti akan membantu untuk bangun dengan lebih segar dan bersemangat. Jadi macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti?


Bergaduh
Sebelum tidur elakkan bergaduh atau bertengkar dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan pasangan. Perkara ini akan menganggu kualiti tidur korang. Jangan tidur dalam keadaan bersedih dan marah. Kadang-kadang pertengkaran sebelum tidur akan terbawa-bawa dalam mimpi tau.

Bersenam sebelum tidur?
Senaman memang sangat bagus untuk kesihatan. Senaman juga dapat meningkatkan kualiti tidur. Tapi cuba elakkan bersenam beberapa jam sebelum tidur sebab badan akan mengeluarkan banyak peluh. Jadi ni akan menyebabkan korang lagi susah untuk tidur. Pilih waktu senaman yang sesuai okay.

Jangan terlalu banyak minum sebelum tidur
Korang memang digalakkan minum air putih 8 gelas sehari. Tapi lebihkan minum air pada siang hari. Sebab kita lebih banyak bergerak dan terlibat dengan macam-macam aktiviti. Sistem perkumuhan juga akan lebih lancar. Kurang kan minum di waktu malam bagi mengelakkan korang kerap bangun daripada tidur untuk buang air kecil.

Sangat mudah untuk tidur dengan selesa. Yang penting cuba atau tinggalkan sekejap apa-apa masalah yang dihadapi. Pastikan tidur korang tak terganggu dengan perkara yang remeh. Have a nice sleep!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Dapatkan Kualiti Tidur Yang Baik"

Post a Comment