Cara Penyimpanan Beg Kulit Berjenama

Cara Penyimpanan Beg Kulit Berjenama. Bagi sesiapa yang ada beg tangan kulit yang berjenama pastinya akan cuba menjaga dan menyimpannya dengan baik kan. Tapi korang pasti ke cara penyimpanan tu betul. Macam mana nak menjaga beg kulit supaya tak rosak. Sebab beg tangan kulit ni mungkin agak sensitif dan perlukan penjagaan yang betul.


Setiap kali korang beli beg tangan kulit tu cuba tanya sales person kat butik yang korang beli. Apa salahnya bertanya cara penjagaan beg tu kan. Dah beli mahal-mahal rugilah kalau salah jaga dan beg tak boleh bertahan lama. Sesetengah jenama beg tangan yang mahal ada menyediakan produk yang khusus untuk beg tangan keluaran mereka. Jadi pastikan korang menggunakan produk yang betul ye.

Kalau korang nak simpan beg tangan kulit, pastikan jangan simpan dalam plastik sebab plastik tak boleh menyerap kelembapan. Bungkus beg dengan kain supaya beg dalam keadaan kering. Isi beg tangan tu dengan kertas atau pun tisu bagi menjaga bentuk beg tersebut.

Selain tu kalau simpan dalam almari pastikan almari tu kering dan tak lembap. Gantungkan silica gel dalam almari. Jauhkan daripada panas yang berpanjangan bagi menjaga kualiti kulit pada beg. Sebulan sekali cuba belek-belek beg tangan korang, jangan biar terperuk je dalam almari tanpa berusik.

Simple je nak jaga beg tangan kulit ni cuma perlu tahu cara yang betul. Beg mahal pun kalau tak pandai jaga akan cepat rosakkan. Jadi sayangi beg korang okay.

0 comment... add one now