Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online. Ramai yang ingin menyemak Wang Tak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tetapi pada masa kini mengalami kesesakan kerana individu yang ingin menyemak Wang Tak Dituntut perlu hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara atau Cawangannya yang berhampiran.

Cara dan Panduan Semak Wang Tak Dituntut Online.
Menurut Harian Metro bertarikh 26 Julai 2017, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD). JANM berkata, sistem berkenaan dijangka mula beroperasi tahun depan.



Jadi pada tahun hadapan, Wang Tidak Dituntut ini boleh disemak secara dalam talian atau secara online kerana Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang membangunkan laman sesawang untuk memudahakan Orang ramai menyemak sekiranya mereka mempunyai Wang Yang Tidak Dituntut.

Sedikit Panduan Cara Menyemak Wang Tidak Dituntut 

  • Anda perlu hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Berikut adalah senarai Lokasi JANM.
  • Dikehendaki membawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter 
  • Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan proses semakan tidak akan memakan masa yang lama, hanya lima minit pemohon akan dapat tahu jika mempunyai WTD
  • Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan
  • Untuk anda yang ingin membuat semakan bagi waris yang telah meninggal dunia ianya juga boleh dilakukan. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
  • Sekiranya terdapat wang tidak dituntut, pemohon tadi perlu mengisi borang tuntutan.
  • Beberapa dokumen berkaitan seperti salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik perlu disertakan
  • Anda boleh membuat rujukan bagi Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut dalam PDF.
  • Untuk keterangan Lanjut Boleh Lihat Cara Semakan Wang Tidak Dituntut

0 comment... add one now