Dapatkan Bibir Yang Sihat Dengan Tips Ini

Dapatkan Bibir Yang Sihat Dengan Tips IniMacam mana nak tau bibir kita sihat atau tak. Okay cuba tengok, kalau bibir tu kering maksudnya tak berapa sihat la tu. Bibir yang sihat penting supaya kita nampak lebih bersemangat dan bertenaga. Jom ikut tips ni.


Masa gosok gigi, jangan lupa gosok sekali bibir tapi dengan lembut ye. Supaya sel-sel kulit mati pada bibir akan tanggal. Bibir pun akan nampak lebih bersih.

Lepas mandi apa kata cuba gunakan madu sebagai pelembap bibir. Tapi kenapa lepas mandi? Sebab lepas mandi kulit bibir masih segar dan mudah untuk menyerap pelembap yang disapu.

Uncang teh selain bagus untuk hilangkan sembap mata, ia bagus juga untuk bibir. Uncang teh yang dah digunakan, direndam dalam air suam. Then letak pada bibir selama beberapa minit. Ia membantu untuk melembap kan bibir tau.

Well semestinya lah minum air putih tu sangat penting. Kalau badan tak cukup air kan bibir boleh jadi kering dan mngelupas. So lepas ni rajin-rajin minum air putih ye.

Lelaki atau perempuan memang kena ambil berat pasal kesihatan bibir. Lagi-lagi perempuan, kalau bibir kering kan bila pakai gincu pun tak nampak kemas. Jadi lepas ni kena ambil tahu pasal kesihatan bibir okay.

0 comment... add one now