Drive-Thru Tree Park Pokok Besar Yang Boleh Lalu Di Bawahnya.

Drive-Thru Tree Park Pokok Besar Yang Boleh Lalu Di Bawahnya. Drive-Thru Tree Park adalah sebuah taman milik swasta yang telah dikendalikan oleh Keluarga Underwood sejak 1922. Terletak kira-kira 180 batu di utara Kawasan San Francisco Bay.


Taman itu adalah Tempat berhenti yang ideal untuk penginapan semalaman atau seminggu. Pada tahun 1937, Chandelier Drive-Thru Tree telah ditambah untuk memberikan keistimewaan yang unik untuk pelancong. Pelawat telah mengambil gambar kenderaan mereka di dalam laluan di pokok tersebut.

Kebanyakan kenderaan akan dapat memandu melalui Pokok tersebut. Bagi yang ingin ke sana, tempat letak kereta disediakan untuk kenderaan dan bas pelancongan.

Drive-Thru Tree Park menawarkan keseronokan sederhana untuk pengembara. Taman ini dibuka tujuh hari seminggu (ditutup pada Hari Kesyukuran dan Hari Krismas).

Untuk Pengetahuan Pokok ini adalah pokok yang dinamakan Chandelier Tree. Pokok ini daripada Spesis pokok Redwood atau sequoia. Pokok ini telah ditarah dan dibuat lubang seperti terowong supaya pengunjung boleh melaluinya.

Walaupun begitu, lubang yang dibuat tidak memudaratkan pokok yang menjadi drive - thru tree. Ini kerana akarnya diatas tanah.

Bagi yang berminat untuk pergi kesini melancong, boleh gunakan google maps dengan carian "Drive-Thru Tree Park". Ia terletak di Leggett, negeri California. Untuk pengetahuan anda bayaran masuk untuk memandu melalui pokok ini ialah $5 untuk kereta, $3 untuk motosikal/basikal/pejalan kaki.

So bagi anda yang gemar melancong, lengkapkan destinasi pelancongan anda dengan melawat Drive Thru Tree Park ini.

0 comment... add one now