Hebahan Permohonan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Hebahan Permohonan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Secara Dalam Talian Bagi Ambilan Tahun 2018



Tarikh Buka Permohonan : 8 Ogos 2017
Tarikh Tutup Permohonan : 15 September 2017
Laman Sesawang                 : http://epkhas.moe.gov.my

SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK)

SYARAT PERMOHONAN

1. Permohonan ke Tingkatan 1 hanya untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) seperti berikut:
i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur; dan
ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang.

2. MBK yang hendak membuat permohonan ke Tingkatan 1 di SMPK mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

2.1 Melibatkan MBK daripada dua kategori ketidakupayaan mengikut SMPK;
i. SMPK Setapak (Kurang Upaya Penglihatan); dan
ii. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (Kurang Upaya Pendengaran).

2.2 Warganegara Malaysia;
2.3 Bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan atau Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan;
2.4 Surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta;

2.5 Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
2.6 Memenuhi syarat kelayakan minimum menguasai asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira);
2.7 Mempunyai tahap kesihatan yang baik jika ingin menginap di asrama;
2.8 Berkeupayaan mengurus diri serta tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat; dan
2.9 Berumur dalam lingkungan 12+ tahun hingga 14+ tahun semasa tahun pendaftaran persekolahan.


SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK): AKADEMIK

SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan ke Tingkatan 4 (akademik) hanya untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) seperti berikut:
i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur; dan
ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang.

2. MBK yang hendak membuat permohonan ke Tingkatan 4 di SMPK mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

2.1 Melibatkan MBK daripada dua (2) kategori ketidakupayaan mengikut SMPK;
i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur (Kurang Upaya Penglihatan); dan
ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang (Kurang Upaya Pendengaran).

2.2 Warganegara Malaysia;
2.3 Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
2.4 Surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta;
2.5 Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
2.6 Memenuhi syarat kelayakan minimum menguasai asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira);
2.7 Mempunyai tahap kesihatan yang baik jika ingin menginap di asrama;
2.8 Berkeupayaan mengurus diri serta tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat; dan
2.9 Berumur dalam lingkungan 15+ tahun hingga 18+ tahun semasa tahun pendaftaran persekolahan.

SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV): VOKASIONAL

SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan ke Tingkatan 4 (vokasional) hanya untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) seperti berikut:

i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang;
ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah;
iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor;
iv. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang; dan
v. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor.

2. MBK yang hendak membuat permohonan ke Tingkatan 4 (vokasional) mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

2.1 Melibatkan MBK daripada enam kategori ketidakupayaan;
i. Masalah Pembelajaran;
ii. Kurang Upaya Pendengaran;
iii. Kurang Upaya Penglihatan;
iv. Kurang Upaya Pertuturan;
v. Kurang Upaya Fizikal; atau
vi. Kurang Upaya Pelbagai.

2.2 Warganegara Malaysia;
2.3 Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
2.4 Surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta;
2.5 Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
2.6 Memenuhi syarat kelayakan minimum menguasai asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira);
2.7 Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan sesuai untuk menginap di asrama dan mengikuti pendidikan vokasional;
2.8 Berkeupayaan mengurus diri serta tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat; dan
2.9 Berumur dalam lingkungan 15+ tahun hingga 18+ tahun semasa tahun pendaftaran persekolahan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hebahan Permohonan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4"

Post a Comment