Iklan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

Iklan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Permohonan Kemasukan Khas ke Skim Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik ini telah di kongsikan di Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.


Penjawat Awam di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Deskripsi Jawatan

A. MAKLUMAT UMUM

  1. Skim Perkhidmatan: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  2. Kumpulan: Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi
  3. Gred Jawatan: M41 sehingga JUSA C
  4. Status Jawatan: Tetap

B. SYARAT LANTIKAN DAN KEMASUKAN
a) warganegara Malaysia;
b) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa;
c) memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90%  dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara;
d) sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara;
e) bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
f) memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
g) mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
 
C. DESKRIPSI TUGAS
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
 
D. PROSEDUR PENGAMBILAN
Memohon melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my)

Saringan 1
Lulus ujian Pra-ELPA(secara atas talian) sebelum dipertimbangkan untuk saringan dan penilaian seterusnya.

Saringan 2
  • Lulus Ujian English Language Proficiency Assessment (ELPA) sekurang-kurangnya Band 4.
  • Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Saringan Inventori Diagnostik Personaliti.
  • Memiliki tahap kesihatan yang baik sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  • Cemerlang (Band 5) dalam penilaian Leadership Development and Assessment Programme (LEAP) yang berkenaan.
Saringan 3
  • Lulus temuduga kemasukan khas PTD.
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
  • Pegawai lantikan tetap akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) semasa menghadiri kursus.
  • Pegawai lantikan kontrak akan diberikan kemudahan Elaun Pra Perkhidmatan, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek dan Elaun Latihan Amali.
E. SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN DAN PENETAPAN GAJI

Calon yang berjaya melepasi kesemua saringan:
Akan ditawarkan syarat pertukaran pelantikan yang secara keseluruhannya tidak kurang baik daripada syarat perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh pegawai di gred hakiki jawatan asal; dan
penetapan gaji permulaan bagi urusan pertukaran pelantikan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang masih berkuat kuasa.

*Permohonan adalah secara dalam talian melalui Borang Permohonan
*Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) jam 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan dalam urusan ini, sila hubungi : 

  En. Naim Majdi bin Sulaiman
  Ketua Penolong Pengarah
  Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
  Bahagian Perkhidmatan
  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  Tel : +603-8885 4183
  Emel : naim.sulaiman@jpa.gov.my

  En. Mohd. Hafiz Noor bin Razali
  Penolong Pengarah
  Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
  Bahagian Perkhidmatan
  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  Tel : +603-8885 4280
  Emel : hafiz.razali@jpa.gov.my 

  Pn. Nurul Hasanah binti Hilmi
  Penolong Pengarah
  Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
  Bahagian Perkhidmatan
  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  Tel : +603-8885 4197
  Emel : hasanah.hilmi@jpa.gov.my 

  En. Mohd. Hisham Shor Anuar bin Zakaria
  Penolong Pengarah
  Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
  Bahagian Perkhidmatan
  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  Tel : +603-8885 4258
  Emel : hisham.zakaria@jpa.gov.my

  Pn. Ruhaizah binti Mohamad
  Penolong Pengarah
  Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
  Bahagian Perkhidmatan
  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  Tel : +603-8885 4095
  Emel : ruhaizah.mohamad@jpa.gov.my

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Iklan Permohonan Kemasukan Khas Ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)"

Post a Comment