Ikuti Tips Mudah Ketika Bersahur

Ikuti Tips Mudah Ketika Bersahur. Bukan bulan Ramadhan je kita boleh berpuasa. Bulan-bulan biasa pun ramai je yang ambil peluang untuk berpuasa kan. Tak kisahla puasa ganti atau puasa sunat. Tapi bersahur tu penting ye. Jom tengok ape tips ketika bersahur.


Minum air putih
Waktu sahur lebih digalakkan untuk minum air putih. Minum air manis memang la best kan tapi tenaga yang dihasilkan daripada gula lebih cepat hilang. Banyakkan minum air putih dan buah-buahan.

Jumlah hidangan yang biasa
Sesetengah orang berfikir waktu sahur kena makan banyak. Tak perlu sebenarnya, ambil je jumlah hidangan yang biasa. Sebab makan terlalu banyak pun akan buat badan korang dehidrasi dengan cepat. Jadi ambil makanan secukupnya asalkan korang bertenaga semasa berpuasa.

Jangan makan terlalu cepat
Makanlah perlahan-lahan sebab badan akan serap nutrisi dengan lebih baik. Makan dengan cepat akan mengganggu paras gula dalam darah. Jadi korang akan jadi cepat lapar dan letih.

Jadi sesiapa yang nak berpuasa tu ikut tips ni untuk kekal bertenaga ye. Selain dapat pahala puasa, badan pun sihat.

0 comment... add one now