Jaga Kulit Kepala Dengan Tips Ini

Jaga Kulit Kepala Dengan Tips IniTau tak sebab apa rambut selalu bermasalah? Rambut kusut, berkelemumur dan gugur semua ni sebab kulit kepala yang tidak sihat. Jadi korang perlu jaga kulit kepala untuk dapatkan rambut yang cantik dan bermaya.


Untuk dapatkan kulit kepala yang sihat pastikan korang guna perapi rambut yang sesuai untuk rambut. Penggunaan perapi rambut dapat menyihatkan rambut dan merawat rambut rosak. Rambut gugur pun akan berkurangan.

Kalau korang guna apa-apa produk rambut, pastikan jangan guna terus ke kulit kepala. Penggunaan terus ke kulit kepala akan menyebabkan liang pori-pori tertutup. Seterusnya akan menyebabkan kegatalan dan kelemumur.

Selain tu kegatalan kulit kepala akibat kelemumur juga disebabkan pengunaan air panas untuk membilas rambut. Elakkan guna air panas pada kepala sebab kulit kepala sangat lembut dan sensitif. Untuk menghilangkan kelemumur gunakan syampu anti kelemumur untuk pastikan kulit kepala bersih.

Bila rambut basah, jangan terus diikat. Rambut juga jangan diikat terlalu ketat bagi mengelakkan sakit kepala. Selalunya sakit kepala yang serius akan menyebabkan rambut gugur. Bagi ruang pada kulit kepala untuk bernafas dan berehat.

Jaga kesihatan kulit kepala setiap hari. Jangan ambil remeh tentang kebersihan kulit kepala, gunakan produk yang sesuai okay. Rajin-rajinkan diri untuk urut kulit kepala supaya darah dapat mengalir dengan lancar.

0 comment... add one now