Jenis Kain Yang Sesuai Dijadikan Tudung Atau Selendang

Jenis Kain Yang Sesuai Dijadikan Tudung Atau Selendang. Bagi kaum wanita, pemilihan tudung atau selendang yang tepat sangat penting. Pemilihan kain yang betul akan memberi keselesaan pada si pemakai. Jadi, jom tengok apa jenis kain yang sesuai untuk dipakai.


Lycra
Kain jenis lycra ni memang menjadi pilihan ramai wanita yang sibuk seharian bekerja. Sebab kain lycra ni senang untuk digayakan. Selain tu kain jenis ni tak perlu digosok dan senang dijaga. Kadang tak perlukan penggunaan pin atau peniti pun untuk dipakai.



Satin
Kain satin yang dijadikan selendang sangat sesuai untuk nampak feminin dan mewah. Walaupun agak sukar untuk digayakan tapi pemakaian jenis kain ini akan nampak kemas dan terletak. Jadi, tak salah kalau korang kumpul selendang jenis ini sebagai koleksi.

Kapas
Kain kapas ni memang selesa untuk dipakai. Kain kapas mempunyai banyak gred dan senang untuk digayakan. Selain tu kain kapas adalah sejenis kain yang sejuk dan kemas bila dipakai. Ramai yang memilih kain kapas untuk dipakai dalam apa jua aktiviti.



Sifon
Kain sifon ni licn dan sensitif. Untuk pemakaian tudung jenis sifon pastikan korang pakai anak tudung jenis kapas. Supaya tudung akan elok terletak dan kemas. Selalunya kain sifon sangat sesuai digunakan dalam majlis-majlis rasmi.

Apapun pilihan kain tudung yang korang pilih pastikan ia selesa untuk dipakai. Jangan terlalu mengikut tren sampai menyeksa diri sendiri. Penggunaan kain yang tak sesuai akan membuat korang tak selesa dan rimas. Jadi buat pilihan yang bijak okay.


0 comment... add one now