Kaitan Diet dan Moody

Kaitan Diet dan Moody. Ramai tak yang tengah berdiet? Tapi pastikan jangan sampai perut kosong ye. Perut kosong tak baik untuk kesihatan. So inilah kaitannya antara diet dan moody. Diet boleh jadi penyebab kepada mood kalau tak kena caranya. Jom baca kaitan antara dua ni.


Bila korang berdiet dengan cara yang salah, korang akan rasa cepat lapar. Tapi dalam masa yang sama terpaksa tahan sebab tengah berdiet. Perut yang kosong akan mempengaruhi mood korang tau. Ada sesetengah orang akan cepat marah dan tak peduli dengan orang sekeliling. Nanti ada pulak kawan yang terasa hati kan. So jaga diet korang betul-betul ye.

Ada juga yang berdiet sampai menjadi satu tekanan dalam diri. Mungkin korang boleh mengelak daripada dekat dengan orang sekeliling. Tapi kalau dah satu tempat kerja yang memerlukan perbincangan, mengelak daripada berbual tu susah. Jadi jangan jadikan diet korang sebagai satu tekanan dalam aktiviti seharian. Kalau terlalu lapar jangan paksa diri untuk tahan. Berdiet tu memerlukan kesabaran yang tinggi.

Percaya tak diet yang tak kena cara akan membuat korang jadi makin malas. Bila perut lapar mood malas pun akan datang. Malas nak buat kerja, malas nak bercakap. Kadang kawan ajak keluar berjalan pun rasa malas sangat. Sebab badan penat tak cukup tenaga. Jadi pastikan cara diet korang tak buat korang jadi malas okay.

Diet yang tak teratur memang akan mengganggu mood. Kadang mood susah diramal, yang kena tempiasnya mestilah orang sekeliling kan. Banyak makanan yang sedap-sedap korang boleh makan walaupun berdiet. Cuma kena pastikan ambil dalam jumlah yang betul.

0 comment... add one now