Kasut Kulit Pun Ada Cara Penjagaannya

Kasut Kulit Pun Ada Cara Penjagaannya. Okay tadi kita dah tau cara penjagaan beg kulit kan. Kali ni kita belajar pulak cara menjaga kasut kulit. Lelaki atau perempuan memerlukan kasut kulit untuk bekerja. Lebih lagi kalau kerja yang melibatkan aktiviti formal. Jadi untuk pastikan kasut kulit tahan lama, jom baca cara penjagaan yang betul.



Kasut yang dah dipakai perlulah di bersihkan. Nak bersihkan kasut jangan gunakan air ye, cukup sekadar lap. Lap kasut dengan kain yang lembap ataupun gunakan berus kasut. Lap kan dengan perlahan asalkan nampak bersih dan kemas.

Lepas dibersihkan, angin-anginkan kasut supaya kering. Jangan jemur terus bawah matahari supaya kualiti kulit terjaga. Bila kasut dah kering masuk kan semula ke dalam kotak kasut ataupun rak. Sama macam penjagaan beg kulit, pastikan rak atau almari kasut tu kering. Gunakan silica gel untuk mengelakkan kasut berbau.

Kalau kasut basah, keringkan kasut dulu sebelum di lap. Ini bagi mengelakkan kasut bercalar. Jangan keringkan kasut guna pengering rambut, sebab kulit kasut akan rosak kerana terlalu panas. Korang boleh letak kertas bersih kat bahagian dalam supaya bentuk kasut terjaga.

Bagi sesiapa yang biasa beli kasut kulit mesti dah tau cara penjagaannya kan. Bagi yang beru berjinak dengan barang yang dibuat daripada kulit korang boleh gunakan tips ni sebagai panduan. Good luck!

0 comment... add one now