Kenali Tumbuhan Yang Boleh Dijadikan Ubat

Kenali Tumbuhan Yang Boleh Dijadikan UbatSelain ubatan moden, sesetengah orang suka mengunakan tumbuhan semulajadi sebagai ubatan alternatif. Untuk pengetahuan tumbuhan semulajadi banyak manfaatnya untuk sesetengah penyakit. Jom baca.


Lidah buaya
Siapa yang tak tau manfaat lidah buayakan. Banyak sangat manfaat dan kebaikannya. Selain memudarkan parut lidah buaya dapat merawat luka dan bengkak. Lidah buaya juga boleh digunakan untuk merawat leukemia dan buasir. Dalam bidang kosmetik lidah buaya digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan kedutan pada wajah.


Bawang putih
Bawang putih bukan sekadar penambah perasa di dalam makanan. Bawang putih adalah bersifat antiseptik dan antibakteria. Untuk merawat luka dan ulser juga bawang putih sangat membantu. Selain tu ia dapat melegakan sakit gigi, sakit kepala dan gigitan serangga.


Peria
Peria sememangnya sejenis tumbuhan yang pahit. Tapi ramai yang menjadikannya salah satu sajian dalam makanan. Peria adalah tumbuhan yang bersifat anti virus. Peria dapat mengubati penyakit kencing manis. Bagi yang mangalami cirit-birit, peria dapat membantu melegakan perut.

Jadi lepas ni cuba ikhtiar menggunakan tumbuhan semulajadi kalau ubatan moden tak berkesan. Apa salahnya mencuba lagipun semua tumbuhan ni boleh didapati dengan mudah. Jimat pun ye kan. Selamat mencuba.

Untuk Mengetahui manfaat Lada Hitam Klik Sini

0 comment... add one now